Tuesday 20 September 2011

Kursus Pembinaan Blog GPM Daerah Kluang



Pengenalan

Ia sebagai satu inisiatif BTPNJ dan PPD Kluang untuk membantu guru dan murid agar dapat membina blog sendiri dengan menggunakan blogspot.com.Melalui blog ini,ia dapat membantu PSS masing-masing mmembina blog dengan memuaturun bahan @ maklumat yang diperlukan.Blog ini dapat membantu pengajaran guru dan pembelajran murid dengan berkesan dan menarik.Kita dapat mengakses maklumat tanpa kira masa dan tempat.


Kursus ini dilangsungkan pada 20-22 September 2011 .Kursus ini dirasmikan oleh PPD Kluang ,Tn.Hj.A. Manaf Bin Muslimin di BTP,Taman Skudai Baru pada 20 September 2011 bersamaan pada hari Selasa.Semoga melalui kursus ini,GPM dapat bersama-sama membina blog PSS sekolah .

Terima kasih kepada PPD Kluang,pegawai BTPNJ,pegawai PKG Daerah dan Guru Cemerlang Media Daerah kluang kerana telah memberi peluang kepada para GPM Daerah Kluang untuk mempelajari pembinaan blog.